

16 pcs small size cupcakes specially made for my sister... Purple and green...ermm...nice combination color. i like the presentation.
Inilah cup cake dengan fondant icing keluaran terbaru aku. 2 set tempahan untuk hantaran lelaki dengan konsep maroon+white dan perempuan dengan konsep hitam+putih. Inilah hasil kerja ku yang paling aku puas hati sejak aku berkecimpung dalam bidang ini. Untuk keterangan lanjut tentang harga sila rujuk blog LoveBakeryOnline.
Labels: customer
Kek Chocholate Moist with Choc ganache dan 20 biji cupcake with buttercream icing
Kek ni aku sponsor seorang kenalan yang mengadakan kenduri kesyukuran untuk 2 orang cucu nya bernama, Qaseh & Delisha. Pada 11 oktober 2009. Kepada yang berminat untuk buat tempahan boleh ke blog LoveBakeryOnline
5 biji cupcake yang ku buat untuk anak pengasuh aku. Untuk hari jadi Nadia.
50 biji cupcake yang aku hadiahkan pada suami ku pada hari jadi nya 25 June 2009.
Labels: sponsor
Sudah satu bulan tidak update blog ini. Masa tidak mengizinkan nak buat macam mana. Hari hanya ucapan "Salam AidilFitri" sahaja untuk diri sendiri juga untuk tetamu blog ini yang beragama Islam.
Esok saya akan masukkan post terbaru ye...
Jumpa Lagi Esok...
Bye!
Bunyi pun dah sedap...yummy! Kalau makan lagi sedap.
Hemm.. banyak post pulak hari ni nak masukkan.
Chiffon Mangga
Bahan-bahan;
(A)
1 3/4 cawan self raising flour
1 sudu teh garam halus (tak bubuh pun boleh)
6 biji kuning telur (gred A)
1/2 cawan gula castor
3/4 cawan sunquick perasa mangga
1/4 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh asalkan minyak sayuran)
(B)
6 biji putih telur
3/4 cawan gula ( nak kurang manis kurangkan jadi 1/2 cawan aje)
1 sudu teh cream of tartar
Cara-cara;
1. Panaskan Oven pada suhu 175 darjah celcius.
2. Pukul kuning telur dengan gula sampai sebati guna mixer, masukkan sunquick, minyak jagung pukul lagi sampai sebati selepas itu masukkan tepung.
3. Pukul bahan (B) dalam bekas yang lain. Pastikan perkakasnya bersih dari segala benda asing seperti minyak atau air. Kemudian pukul telur dan gula dan cream of tartar sampai kembang dan putih dan pekat (bertanduk). Ambil 1/2 bahagian adunan masukkan kedalam adunan yang mula-mula tadi (adunan A). Fold in sampai sebati. Selepas itu masukkan ke dalam baki 1/2 bahagian putih telur tadi kacau laci sampai sebati.
4. Guna tin chiffon. Tapi jangan lengser atau gris untuk dapatkan kesan yg menarik pada kulit luar chiffon itu nanti.
5. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Bila sudah masak, biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan.
Selamat mencuba!. Kalau sedap bagitau kawan, kalau tak sedap bagitau saya ye..
Labels: CHIFFON MANGGA
Ini adalah percubaan pertama saya membuat Kek Lapis Masam Manis. Nampak sedap. Makan lagi la sedap. Macam tak caya..tapi memang sedap pun. Ini lah resepinya. Kalau berani cuba lah!
Kek Lapis Masam Manis
Bahan-Bahan;
5 biji telur
65 gm gula halus (castor)
225 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1/2 tin susu pekat manis (saya guna creamer manis je)
25 gm jem resberry (saya guna jus sunquick perasa mangga + ribena)
125 gm tepung Hong Kong ( saya guna tepung kek)
100 gm Horlick (ini lah penyedapnya)
secukup Haw Flakes
* bahan tersebut adalah 1/2 adunan sahaja daripada resepi sebenar. Jika nak 1 adunan doublekan lah bahan2 tersebut.
Cara;
1. Pukul mentega sampai kembang, masukkan gula dan ovalette, pukul lagi sampai kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sampai kembang dan pekat.
3. Masukkan pula susu pekat manis dan jem, pukul lagi sampai sebati aje.
4. Selepas itu masukkan tepung dan horlick pukul lagi atau kacau guna whisker pun boleh supaya semuanya sebati.
5. Bahagikan 2 bahagian warnakan setiap bahagian ikut sesuka hati anda. Saya guna warna hijau epal & warna merah terang.
6. Alaskan loyang 8"x8" dengan kertas minyak pada loyang yang sudah digriskan.
7. Ambil 2 senduk (lebih kurang saiz senduk nasi yg sedang) tuang kedalam loyang untuk lapis pertama. Kemudian bakar dalam oven sampai masak atau dalam lingkungan 15 minit. Guna oven api atas. Kalau takde api atas letak loyang tingkat yg atas sekali.
8. Teruskan ke lapisan ke 2. Bakar sampai masak. Sebelum teruskan ke lapisan ke 3, susun asam Haw Flakes terlebih dahulu di atas lapisan ke 2. Kemudian barulah di tuangkan lapisan ke 3. Begitulah seterusnya sehingga adunan habis.
Tips:
- Jika adunan yg terakhir terlalu sikit jangan teruskan kerana lapisannya akan menjadi terlalu nipis dan tidak sama tebal dengan lapisan yang terdahulu.
- jika mahu lapisan yang nipis tuang adunan sikit sahaja. Atau ikut kesukaan anda.
Labels: KEK LAPIS MASAM MANIS
Setelah 2 kali gagal membuat kek span pandan. 1 kali kek chiffon cokelat..hampir menjadi jugak lah.. Akhirnya..ini lah kek chiffon Pandan yang paling best sekali. Resepi ni pun ambil daripada laman blog orang. Respek betul pada tuan punya blog tu, memang tak kedekut resepi. Apa yang disiarkan kan blog tu aku ikut sebiji-sebiji. Memang puas hati. Hem..cuma resepi ni aku lum dapat siarkan untuk hari ini. Mungkin esok...stay tune..bye..
Sambungan...
seperti dijanjikan...inilah resepi Pandan Chiffon tersebut;
Pandan Chiffon
(A)
1 3/4 cawan tepung serbaguna (saya guna tepung kek)
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula (gula pasir je)
(B)
1/2 cawan minyak jagung
6 biji kuning telur (saiz A)
3/4 cawan santan pekat
1 sudu teh pandan emulco (saya guna 3 helai daun pandan kecil yg telah dicampurkan dengan 3/4 santan tadi kemudian blend...tapiskan patinya. dapat lah rasa dan bau pandan yang sebenar)
(C)
6 putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
3/4 cawan gula (gula pasir / castor)
Cara-Cara;
1. Panaskan oven 175 darjah celcius.
2. Campurkan semua bahan (A) dalam mangkuk besar. Masukkan bahan (B) satu persatu. Pukul guna mixer sampai gebu.
3. Pukul bahan (C) {sila pastikan mixer bowl dan whisker dalam keadaan bersih daripada air ataupun minyak sebelum digunakan}. Pukul telur sampai kembang, masukkan gula dan cream of tartar, pukul lagi sampai kembang dan putih juga sampai bertanduk (bila ditarik-tarik dia 'diam' je tak jatuh).
4. Ambil 1/3 daripada bahan (C) yg telah diputar tadi masukkan ke dalam adunan (A) & (B) tadi. Kacau secara 'fold in' sehingga sebati, selepas itu masukkan adunan tersebut ke dalam lebihan 2/3 tadi kesemuanya, gaul lagi sampai sebati sekali lagi.
5. Bakar selama 60 minit atau sehingga masak . Apabila sudah masak, keluarkan daripada oven biarkan sejuk terlebih dahulu barulah dikeluarkan daripada loyang.
Selamat mencuba! Konfom menjadi.
Labels: CHIFFON PANDAN
Oreo Cheese cake resepi
Bahan-bahan;
Untuk base;
20 biji biskut oreo ditumbuk halus atau dikisar seelok-eloknya buang cream biskut tu.
1/4 cawan mentega dicairkan.
Untuk Filling;
3 cawan cream cheese
4 biji telur
3/4 cawan gula castor
1/2 cawan plain yougurt
1 sudu besar custard powder
1 sudu kecil perasa vanilla
10 biji biskut oreo dihancurkan kasar atau dipatah2kan aje (cream fill tu asingkan)
utk hiasan;
8 biskut oreo
Cara-cara;
Cara buat base;
Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Lengserkan loyang pembakar sebaik-baiknya gunakan loyang pembakar jenis 'springform'.Gaulkan biskut oreo yg hancur bersama mentega cair didalam mangkuk. Kemudian tuangkan kedalam loyang pembakar yang telah dilengserkan. Ratakan semua adunan biskut di dalam loyang sehingga sama rata. Tekan-tekan sedikit supaya kemas. Kemudian bakar di dalam oven selama 10 min sahaja. Kemudian sejukkan sekejap.
Cara buat filling;
1. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang atau gebu di dalam mangkuk mixer. Masukkan custard powder. Selepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati. Masukkan pula plain yogurt dan perasa vanilla.
2. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan dan hanya kaup balikkan dengan spatula.
3. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam tin pembakar bersaiz 9" diameter yang telah dibuat base nya tadi. Kemudian susunkan biskut oreo di atas adunan tersebut tanpa menekannya kedalam. Hanya letakkan sahaja di atas. Biskut oreo takkan tenggelam.
4. Bakar selama 45 minit menggunakan cara 'water bath'.
Cara membuat water bath;
Isi air panas kedalam loyang yg bersaiz lebih besar (atau loyang biskut) daripada loyang kek tadi dalam setengah loyang sahaja. Kemudian letak loyang kek yang telah dibalut bahagian luarnya dengan aluminium foil supaya air tidak masuk ke dalam loyang kek.
Semoga berjaya.
# sekiranya mahu menempah cheese cake ini terus ke blog ini.
Labels: Oreo Cheese Cake
Cup cake ni adalah untuk my Boss. Mr Peh. Thank you my boss.
Blue again?...Oh ye lah..blue lagi ker? Oops tak sengaja..tapi biru memang warna kegemaran aku.
Yang ini pula adalah untuk dijual. Semuanya ada 43 biji cupcake.
Labels: Cup Cake For Sale Today
Very special thanks to Foodie Blogroll. Since my blog apprear in the blogroll list, i have so many guest from around the world. Also to all my foodie Foodbuzz friend thanks to visit my blog. Don't hesitate to lift your comment . You are invited to sign in as the Follower too.
See you... ;)
Cupcakes for my hubby 35th birthday today. Cupcake ni untuk dia belanja kawan-kawan tempat kerja dia di Kontena Nasional cawangan Westport. Sambil menyelam sambil minum air. Itu merupakan salah satu cara promosi jugak. Pertama kali ni buat promosi cam ni. Semua cupcakes tu 46 biji, kek perisa pisang dan cip coklat. Di atasnya dihiaskan dengan bunga-bunga fondant (amatur style)... bila dah disiapkan camni..seronok pulak. Lepas ni nak buat lagilah.
Tapi yang tak bestnya ada sikit kesilapan teknikal ada cup yang tak cukup penuh. Akan diperbaiki lain kali yek... Sifu ku ina...tolong bg comment ...
Untuk pertama kalinya mencuba resepi ini; Banana Cupcakes. Senang je resepinya. nak buat pun senang. Dah siap tu sedap pulak tu. Frosting tu guna marjerin (sepatutnya guna unsalted butter), gula icing, perasa vanilla dan ground cinnamon. Rasa frosting tu la yang paling saya suka. Kalau tengok bahagian bawah cupcake tu macam sedikit hangus..itu adalah kerana saya sengaja bakar dia agak lama sedikit supaya nampak warna perang tu.the cross section..yummm...
Saya nak kongsi resepi istimewa ini yang saya dapat daripada keratan akhbar Mingguan Malaysia (Ahad; 7 June 2009). Resepi ni nampaknya ringkas tetapi saya belum lagi mencubanya. Saya pasti akan mencubanya juga dalam masa terdekat ini.
Tiramisu Kiwi
250 gm keju mascarpone (kat hypermarket byk jual ni)
2 biji telur
75 gm gula
120 gm krim putar
100 gm kek span
6 biji kiwi kuning
sedikit serbuk limau kasturi
Cara penyediaan;
1. Pukul keju mascarpone dengan telur kuning dan 50 gm gula.
2. Pukul telur putih dengan lebihan gula ( didalam bekas lain).
3. Adunkan bersama adunan keju mascarpone dan adunan telur putih tadi.
4. Letakkan krim putar pada gelas hidangan. Lapis kek span dan hirisan kiwi. Taburkan serbuk limau kasturi di atas hidangan.
Kepada pembaca blog saya ini yang telah mencuba resepi ini sila berikan komen atau rating ya..
Selamat mencuba.
This is how i help our earth...
Use this card to collect your Clubcard Point. So many ways to collect Clubcard Point:- Tesco & Tesco Extra; For every RM2 you spend equal to 1 clubcard point. Reuse beg; 1 beg equal to 1 clubcard point. Also can use at Tesco Medan Selera, Top-up Mobile, RHB Credit Card or Debit Card.
For futher details;... http://www.tesco.com.my
This recipe actually was White Cake but just because i using colored esen vanilla the colour changed to beige. Make sure use plain esen vanilla for White Cake another time.
Makes 1 9-by-13-inch cake
Here you are...at last for almost 15 years ++ i have never make donut...now i try again. Taste good. My friend's also said like that.
Now i want to share with other my plain donut recipe.
Donut Recipe
Ingredient A
600gm flour
100gm self raising flour
100gm sugar
30gm milk powder
1 tsp salt
11gm (1 packet)instant yeast
Ingredient B
1 egg
330ml warm water
60gm margerin
1 tsp bread softener
Method;
1. Mix all together ingredient A.
2. Added ingredient B . Take some time to kneading the dough.
3. Left aside until doubled size.
5. Let donut to rest about 15 minutes.
6. Deep fry in cooking oil just until golden colour.
7. Decorate with icing sugar or chocolate ganache.
Dah lama tak masukkan resepi kat dalam blog ni...mungkin miggu depan baru dimasukkan.