CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, August 24, 2009

CHIFFON PANDAN


Setelah 2 kali gagal membuat kek span pandan. 1 kali kek chiffon cokelat..hampir menjadi jugak lah.. Akhirnya..ini lah kek chiffon Pandan yang paling best sekali. Resepi ni pun ambil daripada laman blog orang. Respek betul pada tuan punya blog tu, memang tak kedekut resepi. Apa yang disiarkan kan blog tu aku ikut sebiji-sebiji. Memang puas hati. Hem..cuma resepi ni aku lum dapat siarkan untuk hari ini. Mungkin esok...stay tune..bye..

Sambungan...

seperti dijanjikan...inilah resepi Pandan Chiffon tersebut;

Pandan Chiffon

(A)
1 3/4 cawan tepung serbaguna (saya guna tepung kek)
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula (gula pasir je)

(B)
1/2 cawan minyak jagung
6 biji kuning telur (saiz A)
3/4 cawan santan pekat
1 sudu teh pandan emulco (saya guna 3 helai daun pandan kecil yg telah dicampurkan dengan 3/4 santan tadi kemudian blend...tapiskan patinya. dapat lah rasa dan bau pandan yang sebenar)

(C)
6 putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
3/4 cawan gula (gula pasir / castor)

Cara-Cara;

1. Panaskan oven 175 darjah celcius.

2. Campurkan semua bahan (A) dalam mangkuk besar. Masukkan bahan (B) satu persatu. Pukul guna mixer sampai gebu.

3. Pukul bahan (C) {sila pastikan mixer bowl dan whisker dalam keadaan bersih daripada air ataupun minyak sebelum digunakan}. Pukul telur sampai kembang, masukkan gula dan cream of tartar, pukul lagi sampai kembang dan putih juga sampai bertanduk (bila ditarik-tarik dia 'diam' je tak jatuh).

4. Ambil 1/3 daripada bahan (C) yg telah diputar tadi masukkan ke dalam adunan (A) & (B) tadi. Kacau secara 'fold in' sehingga sebati, selepas itu masukkan adunan tersebut ke dalam lebihan 2/3 tadi kesemuanya, gaul lagi sampai sebati sekali lagi.

5. Bakar selama 60 minit atau sehingga masak . Apabila sudah masak, keluarkan daripada oven biarkan sejuk terlebih dahulu barulah dikeluarkan daripada loyang.

Selamat mencuba! Konfom menjadi.

Sunday, August 9, 2009

OREO CHEESE CAKE



Oreo Cheese cake resepi

Bahan-bahan;

Untuk base;
20 biji biskut oreo ditumbuk halus atau dikisar seelok-eloknya buang cream biskut tu.
1/4 cawan mentega dicairkan.



Untuk Filling;
3 cawan cream cheese
4 biji telur
3/4 cawan gula castor
1/2 cawan plain yougurt
1 sudu besar custard powder
1 sudu kecil perasa vanilla
10 biji biskut oreo dihancurkan kasar atau dipatah2kan aje (cream fill tu asingkan)

utk hiasan;
8 biskut oreo



Cara-cara;

Cara buat base;
Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Lengserkan loyang pembakar sebaik-baiknya gunakan loyang pembakar jenis 'springform'.Gaulkan biskut oreo yg hancur bersama mentega cair didalam mangkuk. Kemudian tuangkan kedalam loyang pembakar yang telah dilengserkan. Ratakan semua adunan biskut di dalam loyang sehingga sama rata. Tekan-tekan sedikit supaya kemas. Kemudian bakar di dalam oven selama 10 min sahaja. Kemudian sejukkan sekejap.

Cara buat filling;

1. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang atau gebu di dalam mangkuk mixer. Masukkan custard powder. Selepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati. Masukkan pula plain yogurt dan perasa vanilla.
2. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan dan hanya kaup balikkan dengan spatula.
3. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam tin pembakar bersaiz 9" diameter yang telah dibuat base nya tadi. Kemudian susunkan biskut oreo di atas adunan tersebut tanpa menekannya kedalam. Hanya letakkan sahaja di atas. Biskut oreo takkan tenggelam.
4. Bakar selama 45 minit menggunakan cara 'water bath'.

Cara membuat water bath;
Isi air panas kedalam loyang yg bersaiz lebih besar (atau loyang biskut) daripada loyang kek tadi dalam setengah loyang sahaja. Kemudian letak loyang kek yang telah dibalut bahagian luarnya dengan aluminium foil supaya air tidak masuk ke dalam loyang kek.

Semoga berjaya.

# sekiranya mahu menempah cheese cake ini terus ke blog ini.

Blog Widget by LinkWithin