CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, June 11, 2009

Resepi Tiramisu Kiwi

Saya nak kongsi resepi istimewa ini yang saya dapat daripada keratan akhbar Mingguan Malaysia (Ahad; 7 June 2009). Resepi ni nampaknya ringkas tetapi saya belum lagi mencubanya. Saya pasti akan mencubanya juga dalam masa terdekat ini.

Tiramisu Kiwi

250 gm keju mascarpone (kat hypermarket byk jual ni)
2 biji telur
75 gm gula
120 gm krim putar
100 gm kek span
6 biji kiwi kuning
sedikit serbuk limau kasturi

Cara penyediaan;
1. Pukul keju mascarpone dengan telur kuning dan 50 gm gula.
2. Pukul telur putih dengan lebihan gula ( didalam bekas lain).
3. Adunkan bersama adunan keju mascarpone dan adunan telur putih tadi.
4. Letakkan krim putar pada gelas hidangan. Lapis kek span dan hirisan kiwi. Taburkan serbuk limau kasturi di atas hidangan.

Kepada pembaca blog saya ini yang telah mencuba resepi ini sila berikan komen atau rating ya..
Selamat mencuba.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin