CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, September 1, 2009

CHIFFON MANGGA




Bunyi pun dah sedap...yummy! Kalau makan lagi sedap.
Hemm.. banyak post pulak hari ni nak masukkan.


Chiffon Mangga

Bahan-bahan;

(A)
1 3/4 cawan self raising flour
1 sudu teh garam halus (tak bubuh pun boleh)
6 biji kuning telur (gred A)
1/2 cawan gula castor
3/4 cawan sunquick perasa mangga
1/4 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh asalkan minyak sayuran)

(B)
6 biji putih telur
3/4 cawan gula ( nak kurang manis kurangkan jadi 1/2 cawan aje)
1 sudu teh cream of tartar


Cara-cara;

1. Panaskan Oven pada suhu 175 darjah celcius.

2. Pukul kuning telur dengan gula sampai sebati guna mixer, masukkan sunquick, minyak jagung pukul lagi sampai sebati selepas itu masukkan tepung.

3. Pukul bahan (B) dalam bekas yang lain. Pastikan perkakasnya bersih dari segala benda asing seperti minyak atau air. Kemudian pukul telur dan gula dan cream of tartar sampai kembang dan putih dan pekat (bertanduk). Ambil 1/2 bahagian adunan masukkan kedalam adunan yang mula-mula tadi (adunan A). Fold in sampai sebati. Selepas itu masukkan ke dalam baki 1/2 bahagian putih telur tadi kacau laci sampai sebati.

4. Guna tin chiffon. Tapi jangan lengser atau gris untuk dapatkan kesan yg menarik pada kulit luar chiffon itu nanti.

5. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

6. Bila sudah masak, biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan.

Selamat mencuba!. Kalau sedap bagitau kawan, kalau tak sedap bagitau saya ye..

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin