CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, April 23, 2009

KELAS 'ROTI 3 JENIS BUN'

Resepi 1;

Asas adunan roti manis (sponge and dough method)

Bahan A;











460 gm tepun berprotin
tinggi
10 gm yis segera
340 gm air sejuk *air paip pun bole
1/2 tsp bread improver

Bahan B;










40 gm telur
120 gm gula castor
1/2 tsp garam
50 gm air sejuk
6 gm yis segera

Bahan C;

60 gm mentega atau majerin
200 gm tepun berprotin tinggi

Saturday, April 11, 2009

KELAS 'CUP CAKES'


Tarikh : 11 April 2009
Masa : 9.30 pagi - 3 petang
Tempat : Kolej Komuniti Selayang (disediakan oleh Bidang Seni Kulinari - Modul Kek)
Peserta : 7 murid (macam sekolah la...hahaha)


Resepi 1;

COOKIES AND CREAM CUPCAKES

Bahan;
150 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
125 gm gula kastor
150 gm mentega marjerin pun bole)
2 biji telur
60 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
5 keping chocolate oreo - hancurkan kasar


Cara;
1. Di dalam bekas, campurkan tepung dan baking powder (ayak sekali).
2. Didalam mixer pula pukul gula dan mentega (mesti sampai kembang). Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Selang selikan adunan tepung dan susu segar.
5. Akhir sekali, masukkan chocolate oreo yang telah dihancurkan.
6. Sudukan adunan dan letakkan ke dalam acuan.
7. bakar pada suhu 17o darjah celcius selama 30 minit.


Resepi 2
CHOCOLATE CHEESE CUPCAKES

Bahan;










125 gm mentega

115 gm gula kastor
2 biji telur
40 gm keju philadelphia
2 tbsp susu kotak
125gm tepun gandum
15 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)

Cara;

1. Pukul- gula & mentega sampai gebu, masukkan keju pukul lagi sampai gebu dan lembut.
2. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan susu.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit yg telah diayak bersama serbuk penaik.
6. Masukkan ke dalam tin pembakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.


Resepi 3
BANANA CUPCAKES

Bahan;










140 gm tepung gandum

125 gm mentega
100 gm gula kastor
2 biji telur
1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
2 biji pisang emas dilenyek
1 sudu teh esen vanilla

Cara;

1. Pukul gula dan mentega sehingga gebu dan lembut.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan tepung gandum yg telah diayak dgn serbuk penaik sedikit demi sedikit.
5. Masukkan pisang emas yg telah dilenyek. Gaul sebentar.
6. Masukkan ke dalam tin pembakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.


Untuk Hiasan 3 jenis;

1. Krim Putar (whipped cream)
Cara; hanya putarkan whipping cream jenis cecair di dalam mixer bowl. Putar shingga bpekat (agak berat) dan putih gebu.










2. Butter Icing
Cara;
100 gm marjerin/ mentega
100 gm cream well
100 gm gula icing

a. Pukul marjerin/ mentega dan cream well sehingga gebu dan lembut.
b. Masukkan sedikit demi sedikit gula icing.
c. Boleh dibubuh pewarna atau perasa ikut kesukaan sendiri.












3. Ganache
Cara;
250 gm whipping cream
125 gm chocolate bar

a. Panaskan Whipping cream hingga pekat dan menggelegak.
b.Tuangkan dalam chocolate bar di dalam mangkuk lain.
c. Angkat dari atas api kacau hingga pekat sebelum tuang atas kek.
(sama konsep dgn Kek Chocolate Moist)





Hasil nya;



Ini adalah hasil daripada pelajaran CUPCAKES pada hari itu.

Blog Widget by LinkWithin