CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, September 1, 2009

KEK LAPIS MASAM MANIS


Ini adalah percubaan pertama saya membuat Kek Lapis Masam Manis. Nampak sedap. Makan lagi la sedap. Macam tak caya..tapi memang sedap pun. Ini lah resepinya. Kalau berani cuba lah!

Kek Lapis Masam Manis

Bahan-Bahan;

5 biji telur
65 gm gula halus (castor)
225 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1/2 tin susu pekat manis (saya guna creamer manis je)
25 gm jem resberry (saya guna jus sunquick perasa mangga + ribena)
125 gm tepung Hong Kong ( saya guna tepung kek)
100 gm Horlick (ini lah penyedapnya)
secukup Haw Flakes

* bahan tersebut adalah 1/2 adunan sahaja daripada resepi sebenar. Jika nak 1 adunan doublekan lah bahan2 tersebut.

Cara;
1. Pukul mentega sampai kembang, masukkan gula dan ovalette, pukul lagi sampai kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sampai kembang dan pekat.

3. Masukkan pula susu pekat manis dan jem, pukul lagi sampai sebati aje.

4. Selepas itu masukkan tepung dan horlick pukul lagi atau kacau guna whisker pun boleh supaya semuanya sebati.

5. Bahagikan 2 bahagian warnakan setiap bahagian ikut sesuka hati anda. Saya guna warna hijau epal & warna merah terang.

6. Alaskan loyang 8"x8" dengan kertas minyak pada loyang yang sudah digriskan.

7. Ambil 2 senduk (lebih kurang saiz senduk nasi yg sedang) tuang kedalam loyang untuk lapis pertama. Kemudian bakar dalam oven sampai masak atau dalam lingkungan 15 minit. Guna oven api atas. Kalau takde api atas letak loyang tingkat yg atas sekali.

8. Teruskan ke lapisan ke 2. Bakar sampai masak. Sebelum teruskan ke lapisan ke 3, susun asam Haw Flakes terlebih dahulu di atas lapisan ke 2. Kemudian barulah di tuangkan lapisan ke 3. Begitulah seterusnya sehingga adunan habis.

Tips:
- Jika adunan yg terakhir terlalu sikit jangan teruskan kerana lapisannya akan menjadi terlalu nipis dan tidak sama tebal dengan lapisan yang terdahulu.
- jika mahu lapisan yang nipis tuang adunan sikit sahaja. Atau ikut kesukaan anda.





0 comments:

Blog Widget by LinkWithin